This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Blogroll

SELAMAT DATANG KE BLOG CERITA HIDUPKU

Saturday 30 June 2012

Gejala Vandalisme Dalam Kalangan Remaja


Berdasarkan daripada kajian satistik, 80% daripada vandalisme adalah dilakukan oleh golongan remaja dalam lingkugan umur 15-20, dan 70% ke atas adalah berpendidikan rendah atau tercicir dari akedemik. Gejala vandallisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan,tetapi kebanyakan vandalisme adalah dilakukan dalam berkumpulan.Perkataan 'Vandalisme' bermaksud satu perbuatan yang merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta orang lain tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang . Pada masa kini, vandalisme bukan lagi sesuatu masalah sosial baru kepada masyarakat.Berita yang berkaitan dengan gejala ini setiasa dipaparkan di atas surat khabar.Contohnya, tandas-tandas awam dan telefon awam diconteng dengan perkataan atau gambar yang menyakitkan mata .Kasannya ,ia telah memberi impak negatif kepada masyarakat dan juga menburukan nama baik negara.Hal ini kerana perbuatan ini telah menyebabkan pihak awam dan swasta terpaksa berbelanja untuk membaiki dan menggantikan kemudahkan-kemudahkan yang dirosakan.

                                                                                                                                                                              
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlaku kegiatanan vandalisme dalam masyarakat.Punca ini boleh dikategorikan kepada 2 aspek iaitu dipengaruhi oleh faktor luaran dan faktor dalaman diri sendiri. Contoh pengaruh luaran adalah ialah pengaruh rakan sebaya dan keluarga, manakala pengaruh dalaman diri sendiri adalah dipengaruhi oleh emosi dan tekanan.

Antara faktor-faktor luaran,pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan remaja melakukan kegiatan vandalisme.Lazimnya remaja yang terlibat dalam vandalisme menpunyai sesuatu ciri yang tertentu iaitu suka ponteng kelas atau sekolah dan melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah.Pada zaman sekarang,golongan remaja lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya melalui meniru perbuatan,tingkah laku,nilai dan sikap rakannya.Mereka melakukan vandalisme tanpa tujuan munasabah, sebaliknya mereka merosakan kemudahan awam atau harta orang lain semata-matanya untuk menyonokan sendiri ,menunjuk kebolehan mereka dan menarik perhatian orang lain.Selain daripada pengaruh rakan sebaya,kebanyakan remaja yang menlakukan vandalisme adalah disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibupaba.Dalam era globalisasi zaman ini ,kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kerja mereka.Mereka berfikir bahawa menberi wang saku yang mencukupi sudahlah bermaksud melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Ini bermaksud mereka hanya memuaskan keperluan anak-anak mereka dari segi fizikal,tetapi bukan dari segi mental.Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak bukanlah saja wang saku yang mencukupi,apa yang diperlukan oleh mereka adalah permehatian,pengajaran dan dapat berinteraksi dengan ibubapa dalam pengaulan seharian. Justeru,ibubapa hendaklah menberi nasihat,membantu dan menberi kasih sayang kepada anaknya apabila mereka memerlukan.

Faktor- faktor dalaman seperti emosi atau tekanan jugalah akan menyebabkan aktiviti vandalisme berlaku. Bagi orang yang menpunyai keupayaan kawanlan emosi yang agar rendah,emosi mereka mudah dipengaruhi oleh kawan dan sekelilingnya.Ketika berasa marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti mencontengkan perkataan-perkataan kasar di dinding,atau menulis sesuatu mengutuk orang mereka benci untuk membantu meredakan kemarahkan.Selain itu,tekanan juga adalah salah satu faktor yang mendorong vandalisme berlaku.Antaranya ialah tekanan daripada pelajaran atau tekanan dari perkerjaan.Ini bermakna jika seseorang tidak ada cara lain untuk menlepasi tekanan yang dialami,mereka sanggup melakukan sesuatu seperti conteng atau menrosakan benda-benda awam agar mendapat kesenangan sementara untuk menlupakan tekanan-tekanan yang dihadapi.
Sekiranya perbuatan vandalisme tidak dikawal dengan baik,ia akan membawa kesan buruk kepada masyarakat dan keamanan masyarakat akan terjejas.Sebagai contoh ,kerosakkan harta benda awam seperti telefon awam akan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi pada masa kecemasan dan perkara ini mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa atau mengalami kerugian kepada orang lain.Walaupun vandalisme bukan sesuatu jenayah yang sangat serius tetapi perbuatan ini akan menburukan nama dan ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana kegiatan vandalisme telah menyebabkan pelabur asing menghilangkan keyakinan kepada negara tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar dalam sektor ekonomi yang sedang membangun.

Jadi untuk menhapuskan fenomena vandalisme ini, tindakan yang tegas perlu diambil dengam segera. Pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa mempunyai tanggungjawab dalam menbendung gejala ini.Pihak kerajaan perlu memberi hukuman yang lebih berat seperti berpenjara dan hukuman rotan bagi orang yang melakukan vandalisme. Tujuan menberatkan hukuman adalah untuk menakutkan orang-orang yang ingin menjalankan vandalisme supaya mereka dapat bertimbang rasa konsikuensi sebelum melakukan.Selain itu,ibupaba juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menbanteraskan gejala ini .Mereka hendaklah menluangkan masa mereka untuk berinteraksi dengann anaknya.Mereka perlu tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka supaya boleh memberi nasihat positif kepada anak mereka.Di samping itu,fungsi media massa memainkan watak yang penting dalam mengubah sikap remaja masa sekarang.Media massa boleh menbawa kesan buruk kepada remaja,tetapi ia juga akan menbawa kesan yang baik kepada remaja.Isi-isi yang dipapar patutlah bermakna dan berpendidikan dan media massa hendaklah mengurangkan menawarkan program-program yang akan menberi idea yang negatif dan tidak bermoral kepada remaja seperti menawarkan iklan rokok,dan drama-drama yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya, gejala vandalisme akan menpengaruhi keamanan dan kejahteraan bagi sesebuah negara yang sedang menbangun .'Sediakan payung sebelum hujan', pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil dengan segera supaya masalah ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pembangunan negara.Dengan kata lain, pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa perlu berkerjasama antara pihak satu sama lain supaya masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan lancar and effektif

Saturday 23 June 2012

Cara Mengetahui Kualiti Handphone Anda

Pertama, taip pada kekunci telefon bimbit anda *#06#
Kemudian akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
Semak nombor IMEI telefon bimbit anda di kedudukan 7 dan 8

Contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....*kalau contoh ini, no IMEI adalah 01

Untuk semak sama ada tulen atau tidak tulen telefon bimbit anda, lihat pada senarai di bawah:

02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
00 atau 03 or 04: dari kilang asal telefon bimbit = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari Azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


Sunday 17 June 2012

Ciri-Ciri Pelajar Berfikiran Positif


Ikhlas
Setiap pelajar haruslah bersifat ikhlas dalam setiap amalannya, dan berlajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keradaan Allah s.w.t orang yang tidak bersifat ikhlas, menpunyai niat lain di sebalik apa yang dilakukan ,di mana ia akan mengeruh dan memesongkan niat yang asal.

Takwa
Sebagai seorang pelajar muslim, setiap aspek kehidupannya terikat dengan perintah Allah s.w.t hala tuju hidupnya ditentukan oleh sejauh mana ketaatannya kepada perintah Allah. Belajar menjadi seorang individu muslim yang soleh dan taat.

Ada matlamat
Meletakkan matlamat atau mengajar cita-cita yang diidamkan akan menyebabkan seseorang itu mempertingkatkan usahanya .perkara ini penting untuk melahirkan individu yang berwawasan dan berdaya maju

Beramal dengan ilmu yang dipelajari
Al-iman al-Ghazali berpesan mengingatkan anaknya: “yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun anda telah membaca ilmu itu 100 kali dan anda telah menghipunkan 1000 buah kitab. Anda belum lagi beroleh rahmat allah melainkan dengan  beramal.”

Mentaati ibu bapa dalam perkara kebaikan
Setiap pelajar yang ingin cermerlang , haruslah taat kepada perintah kedua-duanya selagi tidak melanggar perintah dan larangan Allah s.w.t.
  

Rahsia Cemerlang Dalam Pelajaran


Diantara tips-tips untuk cemerlang dalam pelajaran
  • Sebaik-baiknya anda mengambil wuduk sebelum  memulakan sesi mengulang kaji pelajaran.
  • Pilih tempat yang kondusif untuk belajar seperti perpustakaan, bilik yang berhawa dingin (air cond)
  • Jangan lupa membaca doa belajar sebelum memulakan sesi pembelajaran dan ulang kaji untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah s.w.t.
  • Baca topik utama, diikuti subtopik, kemudian diikuti dengan mengingati fakta-fakta penting.
  • Cuba untuk mengingati dan mengulang fakta yang telah di hafal itu.
  • Cuba untuk menulis faktar yang telah anda ingati itu di atas buku nota. Jika tidak dapat mengingati sepenuhnya , maka buka bab yang telah dibaca itu semula.
  • Pastikan anda mengulang kaji pelajaran dalam masa 24 jam selepas mempelajari subek tersebut.
  • Ambil peluang untuk mengulang kaji pelajaran pada masa lapang.\
  • Gunakan hari cuti hujung minggu (weekend) untuk mengulang kaji pelajaran .
  • Ringkaskan faktar-faktar yang anda baca agar mudah diingat.
  • Kaji soalan-soalan terdahulu, kerana dapat mewujudkan semangat belajar.
  • Wujudkan study group yang dapat mewujudkan semangat belajar.
  • Dapatkan idea-idea utama (main points) dari topik yang kita sedang pelajari.

Thursday 14 June 2012

TIPS BELAJAR DAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan  membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Mencuba soalan tahun lepas
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik tambahan, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan.