This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Blogroll

SELAMAT DATANG KE BLOG CERITA HIDUPKU

Friday 15 February 2013

34 Fakta Pelik Tapi Benar





Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin kita tidak ketahui. Anda boleh baca satu persatu fakta-fakta ini.

1- Lidah adalah otot yang terkuat dalam badan kita.

2- Jantung akan berhenti selama 1mili-saat ketika kita bersin.

3- Patah tulang rusuk, pembuluh darah di kepala dan leher terputus, dan kematian boleh
 terjadi jika andabersin dengan terlalu kuat.

4- Darah dapat dipam sejauh 30 kaki oleh jantung manusia.

5- Headphone yang dipakai selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.

6- Selain jari, lidah juga mempunyai ruas yang berlainan.

7- Seseorang wanita yang ingin memperbesarkan ukuran bahagian dada haruslah menyanyi dengan suara lantang- Hippocrates.

8- Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.

9- Jika rokok direndam dalam air dan dibiarkan selama beberapa minit, ia akan membunuh seseorang itu dengan serta merta jika air rendaman rokok itu diletakkan dalam pembuluh darah seseorang.

10- Bulu hidung akan memanjang sehingga 2 meter jika dibiarkan sehingga anda tua.

11- Wanita berkelip 2 kali ganda lebih daripada lelaki.

12- 25000 gelen air liur dikeluarkan oleh tubuh manusia sepanjang hayatnya.

13- Orang kidal akan menggunakan tangan kanannya untuk menggaru dan orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah sebaliknya.

14- Kebanyakan orang akan ketawa sebanyak 13kali sehari.

15- Cuba anda ukur panjang kaki anda pada pagi dan pada sebelah petang. Kaki anda akan panjang sehingga 5-10% pada sebelah petang.

16- Sisa dari sel kulit mati anda membentuk 90% debu dalam rumah anda.

17- Tulang rusuk lelaki bagi manusia kurang 1 daripada wanita diketahui pada tahun   
      1543 semasa pembedahan autopsi yang pertama kali dilakukan.

18- Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.

19- Seseorang lelaki berejakulasi sebanyak 7200 kali sepanjang hayat secara puratanya.

20- Seseorang lelaki  melancap/masturbasi sebanyak 2000 kali secara puratanya sepanjang hayat mereka.

21- 14 gelen air mani lelaki akan terhasil jika air mani tersebut dikumpulkan sepanjang hayatnya.

22- Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.

23- Jumlah kalori bagi satu sudu air mani adalah 7 kalori.

24- Waktu menghairahkan bagi seseorang lelaki untuk bersetubuh adalah pagi hari.

25- Untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah berhenti merokok, bersenam dan jaga pemakanan.

26- Makanan untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah kerang, daging tanpa lemak, roti gandum dan seafood.

27- 60% daripada jumlah lelaki di dunia ini pernah melancap/masturbasi.

28- Secara umumnya bau air mani bergantung pada apa yang dimakan. Jika terlalu 
banyak makan makanan berlemak baunya adalah hanyir dan jika pemakanan anda seimbang baunya sedikit hamis. Dan jika makan asparagus bau air mani akan menjadi sangat kuat.

29- Rekod dunia zakar terpanjang adalah sepanjang 13.5 inchi lebih kurang 34.29 cm.

30- Wanita hanya memerlukan zakar sepanjang 6 cm sahaja untuk memuaskan mereka. 
      So, jangan la rasa rendah diri jika ‘benda’ anda pendek yer.

31- Ketika ini berjuta tindak balas dan reaksi kimia yang berbeza dalam otak anda.

32- Masa yang diperlukan oleh manusia untuk melelapkan mata ketika mula tidur adalah 7 minit secara purata.

33- Mulut paling kotor (bakteria) adalah mulut kucing dan tempat kedua adalah mulut manusia.

34- Setiap manusia pasti tidak akan dapat menjilat sikunya sendiri kecuali yang mempunyai kelebihan istimewa.

Friday 5 October 2012

Antara Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat



Jom baca dan amalkan bersama semoga kita boleh mendapat manfaat dan keberkatan bersama

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan  
     sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-
    kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman  
    dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata 
    orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh 
    kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada 
    bekas retak/sumbing membawa malang.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. 
    Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, 
    membawa penyakit.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja 
     berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi 
    gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak 
    atau cucu kita pula.

7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah 
    dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.

8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki 
     kita dikongsi syaitan.

9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya 
    pada perut dan toksin di dalam badan.

10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa 
     tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. 
     Tuhan pun tidak redha pada kita.

11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah 
      kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.

12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
      Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau 
      terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..

13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca 
       hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.

14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut 
       tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.

15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia 
       kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang 
       yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.

16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita 
       hilang bahagia.

17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita 
       sombong apaaila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan 
       memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.

19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. 
       Banyak gelak juga menggelapkan hati.
   
20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan 
       menghilangkan kasih orang kepada kita.

21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang 
       teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan 
       hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat 
       pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab 
      semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik 
      untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan 
      hikmah kejadian makhluk Allah.

24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician 
      sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan 
      akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. 
      Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang 
      menambah ego diri sendiri.

Monday 1 October 2012

KITA SEBENARNYA...



- Lebih gembira menyambut 1 Januari dari 1 Muharram
- Lebih membesarkan Sabtu, Ahad dari Jumaat
- Lebih kusyuk dengar lagu dari Azan
- Lebih suka lepak, tidur, tengok tv dari sembahyang
- Lebih tahu tentang artis-artis pujaan dari nama nabi Allah
- Lebih suka sebut Hello dari Assalamualaikum
- Lebih suka menyanyi dari berwirid dan bertahmid
- Lebih suka memuji manusia dari Pencipta kita sendiri
- Lebih suka membaca majalah hiburan dari buku agama
- Lebih suka ke konsert, karaoke dari ceramah agama
- Lebih suka memaki, mengumpat dari memuji
- Lebih cintakan dunia dari akhirat

Wednesday 26 September 2012

10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook



Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.
Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.
Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti. Ini ada 10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.

renong kan lah

p/s: Jadi sentiasalah berhati-hati dengan segala apa yang dikongsikan di Facebook mahupun di rangkaian sosial yang lain. Ingat! jenayah siber tidak mengenali sesiapa sahaja. Jadi berwaspadalah, kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda supaya tiada yang menjadi mangsa.

Thursday 30 August 2012

Tips Bagi Mengosongkan Fikiran Yang Berserabut


Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.


Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!


Tips Membuatkan Kita Bermotivasi Pada Waktu Pagi


7 perkara yang boleh membuatkan kita bermotivasi
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
     Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih   
     ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
     Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa 
     artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
    Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di 
    Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi 
    motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
    Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari 
    bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
    Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat 
    kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
    Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan 
    penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
    Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan 
    semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Elakkan Minum Air Pada Waktu Ini


Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum  
     bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, 
    tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya 
    paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.
    Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang 
    mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.
     Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit  
      selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
    Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. 
     Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat Mencuba!