Tidak
mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang
teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum
hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau
ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Membawa
buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini
bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak
membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan
terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang
positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Gunakan
masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa
awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar
pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai
semangat yang kental terhadap pelajaran dan
membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Buat
nota ringkas
Pelajar yang cemerlang
sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda
merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi
ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji
sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Mengikut
jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap
aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar
anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada
sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Pastikan anda peruntukkan masa
untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai
kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Mencuba
soalan tahun lepas
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa
contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan
yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang
hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka
tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Sentiasa
menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru
dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun
anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan
ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda
sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Berikan
penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam
bahasa Inggeris atau matematik tambahan, peruntukkan masa yang lebih untuk
ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata
pelajaran yang anda kurang suka. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda
anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai
sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Mengunjungi
perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang
mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat
seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan
berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana
tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model
dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai
contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda
memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi
contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup
anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan
masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam
tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana
ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam
akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa
ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa
minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun
pagi.
Ke tiga belas : Belajar
mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri
dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal
rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang
pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada
minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan ,
dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan
minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk
beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai.
Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada
ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.
Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah
kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila
anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus
cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan
gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu
konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak
relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik
pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua
gangguan ini selepas peperiksaan.
0 comments:
Post a Comment