Friday, 5 October 2012
Antara Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat
10/05/2012 10:04:00 pm
No comments
Jom
baca dan amalkan bersama semoga kita boleh mendapat manfaat dan keberkatan
bersama
1.
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan
sangat
kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.
2.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-
kalau
terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman
dari
dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata
orang
tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia
membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada
bekas retak/sumbing
membawa malang.
4.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan
mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam,
membawa penyakit.
5.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja
berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6.
Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi
gila
/ penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak
atau
cucu kita pula.
7.
Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah
dirasuk
syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8.
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki
kita dikongsi
syaitan.
9.
Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya
pada perut dan
toksin di dalam badan.
10.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa
tujuan
yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala.
Tuhan
pun tidak redha pada kita.
11.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah
kaki saja
berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau
terbabas. Kalau
naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13.
Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca
hati
jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14.
Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut
tidak
menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang
kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang
yang meminta maaf
tidak pernah rugi di akhirat.
16.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita
hilang
bahagia.
17.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita
sombong
apaaila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan
rezeki kita, menolak bala bencana.
19.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian.
Banyak
gelak juga menggelapkan hati.
20.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan
kasih orang kepada kita.
21.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang
teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
22.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan
hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat
pendek
& tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab
semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaan-Nya.
Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan
hikmah kejadian makhluk Allah.
24.
Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician
sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan
akhirnya
dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja.
Iaitu yang dapat
membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang
menambah ego diri sendiri.
Monday, 1 October 2012
KITA SEBENARNYA...
10/01/2012 04:31:00 pm
No comments
- Lebih gembira menyambut 1 Januari dari 1 Muharram
- Lebih membesarkan Sabtu, Ahad dari Jumaat
- Lebih kusyuk dengar lagu dari Azan
- Lebih suka lepak, tidur, tengok tv dari sembahyang
- Lebih tahu tentang artis-artis pujaan dari nama nabi Allah
- Lebih suka sebut Hello dari Assalamualaikum
- Lebih suka menyanyi dari berwirid dan bertahmid
- Lebih suka memuji manusia dari Pencipta kita sendiri
- Lebih suka membaca majalah hiburan dari buku agama
- Lebih suka ke konsert, karaoke dari ceramah agama
- Lebih suka memaki, mengumpat dari memuji
- Lebih cintakan dunia dari akhirat
Wednesday, 26 September 2012
10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook
9/26/2012 11:57:00 pm
No comments
Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak
muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila
kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.
Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang
digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan
undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.
Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi
sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti. Ini ada
10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko
tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit
dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan
nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan
maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada
umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi
dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti
Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu
tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda,
sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat
membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke
rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk
memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci
terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan
‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang
memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak
wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual
(telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan
percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik
percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi
dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai?
Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk
si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.
renong kan lah
p/s: Jadi sentiasalah berhati-hati dengan segala apa yang
dikongsikan di Facebook mahupun di rangkaian sosial yang lain. Ingat! jenayah
siber tidak mengenali sesiapa sahaja. Jadi berwaspadalah, kongsikan artikel ini
kepada kawan-kawan anda supaya tiada yang menjadi mangsa.
Thursday, 30 August 2012
Tips Bagi Mengosongkan Fikiran Yang Berserabut
8/30/2012 11:57:00 pm
No comments
Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.
Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.
Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?
Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.
Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.
Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.
Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.
Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!
Tips Membuatkan Kita Bermotivasi Pada Waktu Pagi
8/30/2012 11:49:00 pm
No comments
7 perkara yang boleh membuatkan kita bermotivasi
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih
ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa
artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di
Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi
motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari
bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat
kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan
penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan
semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Elakkan Minum Air Pada Waktu Ini
8/30/2012 11:44:00 pm
No comments
Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum
bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak,
tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya
paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang
mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit
selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot.
Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!
Wednesday, 29 August 2012
Cinta Allah
8/29/2012 09:59:00 pm
No comments
Jika cinta itu boleh memilih maka ia akan memilih untuk tetap putih, sebagaimana putihnya kertas tanpa setitik tinta
Jika cinta itu dariMu, berikan
rasa cinta itu untuk menebar kedamaian di bumiMu Ya Rabbi
Jika cinta itu milikMu tiupkanlah cinta itu pada jiwa jiwa yang rindu padaMu Ya Allah
Jika cinta itu adalah nikmatMu ikatkanlah cinta itu pada diriku Ya Rabbi
Jika cinta itu adalah kuasaMu, Ya Rabbi izinkan ku dekap cinta itu lebih erat
Jika cinta itu hanya karnaMu maka biarlah cinta itu tumbuh, mekar dan bersemi di hatiku
Jika cinta ini bukan karnaMu, Ya Rabbi usirlah ia pergi jauh yang tak akan pernah kembali
Ya Rabbi jagalah ia sebagaimana Engkau menjagaku, bimbinglah ia sebagai mana Engkau membimbingku, kasihilah ia sebagaimana Engkau mengasihiku..
Aku tahu ia sedang menungguku, dan ia pun tahu aku sedang menunggu dirinya..
Ya Allah semoga Engkau pertemukan kami dalam ikatan cintaMu, cinta yang suci, sesuci cinta Adam & Hawa..
Friday, 20 July 2012
Tanda - Tanda Awal Kematian Bagi Orang Islam
7/20/2012 09:57:00 pm
No comments
Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.
Imam Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.
Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
Friday, 6 July 2012
Basuh Tin Minuman Sebelum Minum
7/06/2012 11:12:00 pm
No comments
Seringkali apabila kita membeli tin minuman dari kedai-kedai kita terus membuka dan meneguknya tanpa membasuhnya dahulu. Nak buat macam mana haus sangat sampai tak sempat nak basuh. Tapi, awas sikap kita yang tergesa-gesa sampaimengabaikan kebersihan dan kesihatan ini bakal mengundang padah.
Kenapa perlu basuh? Pernahkan anda terfikir? Dimanakah tin minuman itu ditempatkan? Tin tu asalnya datang dari stor simpanan atau gudang yang mana terdapat banyak makhlukperosak yang berkeliaran dan tanpa segan silu kencing dan membuang najis sesuka hati dan seterusnya tin minuman itu dihantar ke kedai-kedai runcit tanpa membilas minuman itu dahulu. Itulah sebab kenapa kita menasihatkan pembaca sekalian basuh dahulu tin minuman anda bimbang tin itu dicemari.
Saturday, 30 June 2012
Gejala Vandalisme Dalam Kalangan Remaja
6/30/2012 11:47:00 pm
No comments
Berdasarkan daripada kajian satistik, 80% daripada vandalisme adalah dilakukan oleh golongan remaja dalam lingkugan umur 15-20, dan 70% ke atas adalah berpendidikan rendah atau tercicir dari akedemik. Gejala vandallisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan,tetapi kebanyakan vandalisme adalah dilakukan dalam berkumpulan.Perkataan 'Vandalisme' bermaksud satu perbuatan yang merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta orang lain tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang . Pada masa kini, vandalisme bukan lagi sesuatu masalah sosial baru kepada masyarakat.Berita yang berkaitan dengan gejala ini setiasa dipaparkan di atas surat khabar.Contohnya, tandas-tandas awam dan telefon awam diconteng dengan perkataan atau gambar yang menyakitkan mata .Kasannya ,ia telah memberi impak negatif kepada masyarakat dan juga menburukan nama baik negara.Hal ini kerana perbuatan ini telah menyebabkan pihak awam dan swasta terpaksa berbelanja untuk membaiki dan menggantikan kemudahkan-kemudahkan yang dirosakan.
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlaku kegiatanan vandalisme dalam masyarakat.Punca ini boleh dikategorikan kepada 2 aspek iaitu dipengaruhi oleh faktor luaran dan faktor dalaman diri sendiri. Contoh pengaruh luaran adalah ialah pengaruh rakan sebaya dan keluarga, manakala pengaruh dalaman diri sendiri adalah dipengaruhi oleh emosi dan tekanan.
Antara faktor-faktor luaran,pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan remaja melakukan kegiatan vandalisme.Lazimnya remaja yang terlibat dalam vandalisme menpunyai sesuatu ciri yang tertentu iaitu suka ponteng kelas atau sekolah dan melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah.Pada zaman sekarang,golongan remaja lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya melalui meniru perbuatan,tingkah laku,nilai dan sikap rakannya.Mereka melakukan vandalisme tanpa tujuan munasabah, sebaliknya mereka merosakan kemudahan awam atau harta orang lain semata-matanya untuk menyonokan sendiri ,menunjuk kebolehan mereka dan menarik perhatian orang lain.Selain daripada pengaruh rakan sebaya,kebanyakan remaja yang menlakukan vandalisme adalah disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibupaba.Dalam era globalisasi zaman ini ,kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kerja mereka.Mereka berfikir bahawa menberi wang saku yang mencukupi sudahlah bermaksud melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Ini bermaksud mereka hanya memuaskan keperluan anak-anak mereka dari segi fizikal,tetapi bukan dari segi mental.Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak bukanlah saja wang saku yang mencukupi,apa yang diperlukan oleh mereka adalah permehatian,pengajaran dan dapat berinteraksi dengan ibubapa dalam pengaulan seharian. Justeru,ibubapa hendaklah menberi nasihat,membantu dan menberi kasih sayang kepada anaknya apabila mereka memerlukan.
Faktor- faktor dalaman seperti emosi atau tekanan jugalah akan menyebabkan aktiviti vandalisme berlaku. Bagi orang yang menpunyai keupayaan kawanlan emosi yang agar rendah,emosi mereka mudah dipengaruhi oleh kawan dan sekelilingnya.Ketika berasa marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti mencontengkan perkataan-perkataan kasar di dinding,atau menulis sesuatu mengutuk orang mereka benci untuk membantu meredakan kemarahkan.Selain itu,tekanan juga adalah salah satu faktor yang mendorong vandalisme berlaku.Antaranya ialah tekanan daripada pelajaran atau tekanan dari perkerjaan.Ini bermakna jika seseorang tidak ada cara lain untuk menlepasi tekanan yang dialami,mereka sanggup melakukan sesuatu seperti conteng atau menrosakan benda-benda awam agar mendapat kesenangan sementara untuk menlupakan tekanan-tekanan yang dihadapi.
Sekiranya perbuatan vandalisme tidak dikawal dengan baik,ia akan membawa kesan buruk kepada masyarakat dan keamanan masyarakat akan terjejas.Sebagai contoh ,kerosakkan harta benda awam seperti telefon awam akan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi pada masa kecemasan dan perkara ini mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa atau mengalami kerugian kepada orang lain.Walaupun vandalisme bukan sesuatu jenayah yang sangat serius tetapi perbuatan ini akan menburukan nama dan ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana kegiatan vandalisme telah menyebabkan pelabur asing menghilangkan keyakinan kepada negara tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar dalam sektor ekonomi yang sedang membangun.
Jadi untuk menhapuskan fenomena vandalisme ini, tindakan yang tegas perlu diambil dengam segera. Pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa mempunyai tanggungjawab dalam menbendung gejala ini.Pihak kerajaan perlu memberi hukuman yang lebih berat seperti berpenjara dan hukuman rotan bagi orang yang melakukan vandalisme. Tujuan menberatkan hukuman adalah untuk menakutkan orang-orang yang ingin menjalankan vandalisme supaya mereka dapat bertimbang rasa konsikuensi sebelum melakukan.Selain itu,ibupaba juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menbanteraskan gejala ini .Mereka hendaklah menluangkan masa mereka untuk berinteraksi dengann anaknya.Mereka perlu tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka supaya boleh memberi nasihat positif kepada anak mereka.Di samping itu,fungsi media massa memainkan watak yang penting dalam mengubah sikap remaja masa sekarang.Media massa boleh menbawa kesan buruk kepada remaja,tetapi ia juga akan menbawa kesan yang baik kepada remaja.Isi-isi yang dipapar patutlah bermakna dan berpendidikan dan media massa hendaklah mengurangkan menawarkan program-program yang akan menberi idea yang negatif dan tidak bermoral kepada remaja seperti menawarkan iklan rokok,dan drama-drama yang tidak berfaedah.
Kesimpulannya, gejala vandalisme akan menpengaruhi keamanan dan kejahteraan bagi sesebuah negara yang sedang menbangun .'Sediakan payung sebelum hujan', pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil dengan segera supaya masalah ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pembangunan negara.Dengan kata lain, pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa perlu berkerjasama antara pihak satu sama lain supaya masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan lancar and effektif
Saturday, 23 June 2012
Cara Mengetahui Kualiti Handphone Anda
6/23/2012 02:24:00 pm
1 comment
Pertama, taip pada kekunci telefon bimbit anda *#06#
Kemudian akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
Semak nombor IMEI telefon bimbit anda di kedudukan 7 dan 8
Contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....*kalau contoh ini, no IMEI adalah 01
Untuk semak sama ada tulen atau tidak tulen telefon bimbit anda, lihat pada senarai di bawah:
02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
00 atau 03 or 04: dari kilang asal telefon bimbit = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari Azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Sunday, 17 June 2012
Ciri-Ciri Pelajar Berfikiran Positif
6/17/2012 09:21:00 pm
No comments
Ikhlas
Setiap pelajar haruslah bersifat
ikhlas dalam setiap amalannya, dan berlajar bersungguh-sungguh untuk mendapat
keradaan Allah s.w.t orang yang tidak bersifat ikhlas, menpunyai niat lain di
sebalik apa yang dilakukan ,di mana ia akan mengeruh dan memesongkan niat yang
asal.
Takwa
Sebagai seorang pelajar muslim,
setiap aspek kehidupannya terikat dengan perintah Allah s.w.t hala tuju
hidupnya ditentukan oleh sejauh mana ketaatannya kepada perintah Allah. Belajar menjadi seorang individu muslim yang soleh
dan taat.
Ada matlamat
Meletakkan matlamat atau
mengajar cita-cita yang diidamkan akan menyebabkan seseorang itu
mempertingkatkan usahanya .perkara ini penting untuk melahirkan individu yang
berwawasan dan berdaya maju
Beramal
dengan ilmu yang dipelajari
Al-iman al-Ghazali berpesan
mengingatkan anaknya: “yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan
tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun anda telah membaca
ilmu itu 100 kali dan anda telah menghipunkan 1000 buah kitab. Anda belum lagi
beroleh rahmat allah melainkan dengan
beramal.”
Mentaati
ibu bapa dalam perkara kebaikan
Setiap pelajar yang ingin
cermerlang , haruslah taat kepada perintah kedua-duanya selagi tidak melanggar
perintah dan larangan Allah s.w.t.
Rahsia Cemerlang Dalam Pelajaran
6/17/2012 09:13:00 pm
No comments
Diantara tips-tips untuk cemerlang dalam pelajaran
- Sebaik-baiknya anda mengambil wuduk sebelum memulakan sesi mengulang kaji pelajaran.
- Pilih tempat yang kondusif untuk belajar seperti perpustakaan, bilik yang berhawa dingin (air cond)
- Jangan lupa membaca doa belajar sebelum memulakan sesi pembelajaran dan ulang kaji untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah s.w.t.
- Baca topik utama, diikuti subtopik, kemudian diikuti dengan mengingati fakta-fakta penting.
- Cuba untuk mengingati dan mengulang fakta yang telah di hafal itu.
- Cuba untuk menulis faktar yang telah anda ingati itu di atas buku nota. Jika tidak dapat mengingati sepenuhnya , maka buka bab yang telah dibaca itu semula.
- Pastikan anda mengulang kaji pelajaran dalam masa 24 jam selepas mempelajari subek tersebut.
- Ambil peluang untuk mengulang kaji pelajaran pada masa lapang.\
- Gunakan hari cuti hujung minggu (weekend) untuk mengulang kaji pelajaran .
- Ringkaskan faktar-faktar yang anda baca agar mudah diingat.
- Kaji soalan-soalan terdahulu, kerana dapat mewujudkan semangat belajar.
- Wujudkan study group yang dapat mewujudkan semangat belajar.
- Dapatkan idea-idea utama (main points) dari topik yang kita sedang pelajari.
Thursday, 14 June 2012
TIPS BELAJAR DAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
6/14/2012 04:28:00 pm
No comments
Tidak
mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang
teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum
hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau
ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Membawa
buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini
bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak
membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan
terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang
positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Gunakan
masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa
awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar
pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai
semangat yang kental terhadap pelajaran dan
membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Buat
nota ringkas
Pelajar yang cemerlang
sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda
merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi
ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji
sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Mengikut
jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap
aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar
anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada
sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Pastikan anda peruntukkan masa
untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai
kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Mencuba
soalan tahun lepas
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa
contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan
yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang
hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka
tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Sentiasa
menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru
dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun
anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan
ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda
sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Berikan
penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam
bahasa Inggeris atau matematik tambahan, peruntukkan masa yang lebih untuk
ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata
pelajaran yang anda kurang suka. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda
anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai
sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Mengunjungi
perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang
mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat
seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan
berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana
tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model
dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai
contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda
memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi
contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup
anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan
masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam
tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana
ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam
akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa
ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa
minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun
pagi.
Ke tiga belas : Belajar
mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri
dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal
rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang
pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada
minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan ,
dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan
minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk
beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai.
Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada
ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.
Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah
kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila
anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus
cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan
gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu
konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak
relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik
pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua
gangguan ini selepas peperiksaan.